Berikut adalah Ayat al-Quran dan Hadith Berkaitan
Pensyariatan puasa dinyatakan dalam al-Quran, antaranya:
1.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)
2.
”(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 184)
(Surah Al-Baqarah, Ayat 184)
3.
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 185)Hadith Nabi SAW juga menekankan kepentingan puasa:
1 .Hadith Rasulullah ﷺ juga menekankan kepentingan puasa:
“Barang siapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, dan tidak seorang pun selain mereka yang masuk melaluinya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
3. Hadith tentang Ganjaran Puasa: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Hadith tentang Puasa dan Kesabaran: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Puasa adalah perisai. Maka janganlah seseorang berkata keji dan janganlah ia bertengkar. Jika ada seseorang yang mencacinya atau mengajaknya bertengkar, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa’.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



No comments:
Post a Comment